Kalau nak cerita memang tak boleh menang dengan followers dekat page ni. Page ni asalnya nama Makhlok Macho tapi disebabkan dulu Bengah pernah kena kecam dengan netizen maka Bengah tukar nama page ni kepada Afiatul Salsabiila nama Cik Pia.
Semua posting Bengah link dari instagram ke facebook. Jadi sebab itu la semua cerita disiarkan kongsi dekat 2 platform ni.
BAIKLAH! Bengah tak terasa hati dan takkan tuntut atas page yang makin hari meningkat followers yang nak tengok kisah tentang Cik Pia. Bengah akan tapis beberapa posting berkenaan aktiviti harian Bengah. Bengah posting benda yang baik dan bermanfaat untuk kehidupan je. Itu pon dipertikaikan..
Kurang cerita tentang Cik Pia sebab jarang jumpa je. Kalau post banyak-banyak pasal Cik Pia pon ada juga yang bosan. Nanti dulu lah Bengah buat keputusan...
Yang tak suka Bengah boleh komen diruang bawah ni untuk apa-apa cadangan yang boleh diusulkan.
Admin.
#AbangYangPenyayang